Print

Teras Kebudayaan


SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN DIPLOMA

 
Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar cara mempelajari al-Quran dengan cara yang mudah dan cepat berpandukan modul iqra dan mengaplikasikan tanda-tanda bacaan Rasm Usmani dalam cara bacaan al-Quran.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik dan peraturan kraftangan, pembuatan kraftangan serta kaedah-kaedah penggunaannya bagi mendapatkan hasil reka corak yang baik, berkualiti dan cantik. 
 
Kursus ini merupakan suatu pengenalan kepada asas seni khat serta keperluanny. Ianya menitik beratkan dari segi bentuk dan jenis-jenis tulisan khat yang termashyur dengan memberikan tumpuan kepada khat Nasakh dan Ruqa’ah, menghuraikan pertambahan jenis-jenis tulisan dan sejarah pertumbuhan tulisan Khat dan penggunaan mata pena yang bersesuaian.
 
 
 

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA

  
Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada pelajar tentang konsep, teknik bermain alat muzik moden seperti alat muzik kugiran dan memerlukan kreativiti kumpulan semasa mengadakan persembahan.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar asas menyanyi dengan cara mempelajari kaedah suara, teknik, penjiwaan dan persembahan yang betul serta membaca notasi lagu-lagu koir secara individu dan berkumpulan.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengenali, membaca nota dan memainkan alat-alat yang terkandung dalam muzik gamelan secara individu atau berkumpulan.
 
Kursus ini nnemberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep dan permainan asas kompang, konsep bermain kompang dengan betul, mengenalpasti teknik permainan kompang dari segi rentak pukulan dan lagu, mengetahui cara memimpin kumpulan dan bekerjasama dan memahami proses kompang dihasilkan.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan menghasilkan persembahan yang berdaya kreatif tarian tradisional dan moden secara perseorangan dan berkumpulan. 
 
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kaedah membaca al-Quran secara berlagu disamping memperkenalkan jenis-jenis lagu yang digunakan ketika membaca al-Quraan.
  
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada persediaan fizikal dan mental yang menjadi asas kepada lakonan. Persediaan fizikal termasuklah memahami latihan untuk olah tubuh dan vokal (pengucapan). Persediaan mental pula merujuk kepada proses memahami lakonan melalui latihan seperti improvisasi, bahasa badan (body language), pemerhatian dan penghayatan.
 
 
 

 **TIADA PENAWARAN SEMASA

 
**KURSUS : KERTUK MUSIC AND REBANA UBI
MUZIK KERTUK DAN REBANA UBI (KKD 10103)
SINOPSIS : Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada pelajar konsep, teknik bermain kertuk dan rebana ubi mengikut kreativiti kumpulan semasa mengadakan persembahan.
  
**KURSUS : RODAT
RODAT (KKD 11203)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar seni budaya Rodat Negeri Terengganu yang melibatkan aspek iaitu lagu religat, tarian dan alat muzik tradisional menghasilkan persembahan yang berdaya kreatif tarian dan Ton Rodat.
 
**KURSUS : ENSEMBLE MUSIC
MUSIC ENSEMBLE (KKD 11303)
SINOPSIS : Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada pelajar tentang konsep, teknik bermain alat muzik moden seperti alat muzik kugiran dan memerlukan kreativiti kumpulan semasa mengadakan persembahan.