Print

Teras Kemasyarakatan & Sukarelawan

KURSUS : PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT (KKV 3011)
SINOPSIS: Kursus ini pelajar akan didedahkan dengan program kemasyarakatan, kebajikan dan kesedaran. Pelajar juga akan diajar mengenai ciri-ciri kepimpinan dalam menguruskan sesebuah program kemasyarakatan. Pelajarakan melakukan kerja-kerja amal pada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
 
KURSUS : PEMADAM (KKV 3021)
SINOPSIS: Kursus ini menerangkan aspek-aspek pengetahuan dan pendidikan asas sejarah dadah, jenis-jenis dadah dan kesan/akibat kepada manusia, penguatkuasaan undang-undang, profil seorang penagih dan bekas penagih, proses pemulihan di pusat serenti, penjara dan pelajarjuga dibawa melawat ke pusat serenti dan penjara di dalam negara. Selain dari itu, matapelajaran ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelatih melalui kaunseling berkelompok dan penganjuran kursus / bengkel dan seminar anti dadah.
 
KURSUS : BRIGED PERDANA (KKV 3031)
SINOPSIS: Briged Perdana adalah merupakan satu subjek pengurusan bantuan yang menekankan kebolehan memberi bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir dan sebagainya. Pelajar diberi pendedahan pertolongan cemas, kaedah membawa mangsa, bantuan jiwa murni kepimpinan dan asas konselor.Pelajarsentiasa berada dalam tahap disiplin yang tinggi.lanya juga membentuk pelajar agar dapat berkerjasama dengan masyarakat awam.
 
KURSUS : BUDI PENYAYANG (KKV 3041)
SINOPSIS: Kursus ini pelajar didedahkan kepada penerangan tentang kasih sayang dan kemanusiaan, kesihatan asas, kesejahteraan hidup, asas sains rumahtangga dan kaedah penjagaan kanak-kanak. Pelajar juga didedahkan tentang perjalanan kehidupan rumah-rumah kebajikan, pentadbiran pasukan dan melakukan kerja-kerja amal pada masyarakal warga emas, kurang upaya dan menyumbang dalam membantu memajukan pencapaian anak-anak yatim.
 
KURSUS : RAKAN COP (KKV 3051)
SINOPSIS: Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar peranan untuk menyalur maklumat sebagai satu saluran interaktif mengeratkan hubungan polis sebagai agensi perantaraan sebagai pencegahan jenayah. Pelajar juga diajar dalam pendidikan dan kesedaran sivik, sukarelawan, tatacara perhubungan serfa misi Rakap Cop. Pelajar akan diberi tugasan dalam kontek pencegahan dan menyalur maklumat kepada pihak PDRM.