Print

Teras Sukan

KURSUS : BOLA SEPAK (KKX 3011)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan awal kepada para pelajartentang sejarah permainan bola sepak, peraturan asas, kelengkapan permainan dan peralatan, aspek-aspek kecergasan dan latihan yang sesuai, aktiviti regangan dan teknik-teknik kemahiran asas dalam permainan bola sepak
 
KURSUS : SEPAK TAKRAW (KKX 3021)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar-pelajar bagaimana bermain Sepak Takraw dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain Sepak Takraw, Undang-undang permainan Sepak Takraw, serta melibatkan pelajar dengan latihan bermain dan menganjur mengendalikan suatu pertandingan kecil dan juga menyertainya.
 
KURSUS : BADMINTON (KKX 3031)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar-pelajar bagaimana bemain badminton dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain badminton serta melibatkan pelajar dengan latihan bernnain dan menganjur serta mengendalikan suatu pertandingan kecil.
 
KURSUS : TENIS (KKX 3041)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan-pengetahuan asas dan kemahiran-kemahiran asas permainan tenis dan ia juga memperlihatkan pelajar kepada seni pergerakan dan teknik sesuatu pergerakan atau kemahiran yang dilakukan serta teknik boleh menganjurkan pertandingan / kursus.
 
KURSUS : MEMANAH (KKX 3051)
SINOPSIS: Kursus ini menekankan kepada pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan sukan memanah, pelajar juga diberikan tumpuan tentang kemahiran-kemahiran asas sukan memanah khususnya dari segi teknik yang betul serta pendedahan penganjuran kejohanan mini.
 
KURSUS: TAEKWANDO (KKX 3061)
SINOPSIS: Kursus ini memberi pendedahan terhadap pengurusan fizikal secara saintifik dalam sukan taekwon-do. Pembentukan sahsiah dan jati diri yang seimbang serta memcetuskan semangat daya juang tinggi dalam menghadapi dan mengharungi cabaran kehidupan harian.
 
KURSUS : TENPIN - BOLING (KKX 3071)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan strategi permainan, pengetahuan dalam peralatan serta pengurusan, pemarkahan pertandingan tenpin boling.
 
KURSUS : EKUESTRIAN (KKX 3081)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar sukan berkuda, sejarah serta perkembangannya, pelajarjuga akan dibawa menerokai alam kehidupan kuda dan bagaimana menjalin persahabatan dengan haiwan ini serta pelajar dapat mempelajari dan mengenalpasti peralatan-peralatan menunggang, ilmu mengenai kesihatan kuda dan teknik-teknik asas menunggang kuda.
 
KURSUS : GOLF (KKX 3091)
SINOPSIS: Kursus ini mendedahkan peraturan sukan golf, latihan kecergasan, asas pengadilan, teknik permainan dan penganjuran sukan golf.
 
KURSUS : FUTSAL (KKX 3111)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada teknik-teknik kemahiran asas permainan, undang-undang permainan, strategi-strategi dan prinsip asas permainan futsal.
 
KURSUS : SKUASY (KKX 3121)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar-pelajar akan kemahiran asas,undang-undang permainan, teknik dan strategi permainan skuash. Selain itu pelajar didedahkan kepada contoh-contoh kecederaan di dalam sukan ini yang boleh dielakkan.
 
KURSUS : ASAS PELAYARAN(KKX 3131)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan-pengetahuan asas dan kemahiran-kemahiran asas pelayaran dan ia juga memperlihatkan pelajar kepada sejarah pelayaran, mengetahui jenis dan bahagian kapal layar. Pelajar juga harus melayarkan kapal layar.
 
KURSUS : KAYAK (KKX 3141)
SINOPSIS: Kursus ini menawarkan pendedahan asas kepada kemahiran berkayak, teknik-teknik kayuhan yang betul, peraturan dan kod keselamatan semasa berkayak atau semasa menjalankan aktiviti di air.
 
KURSUS : BOLA TAMPAR (KKX 3151)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan pengetahuan asas mengenai teknik , peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan bola tampar anjuran dalaman atau pihak luar.
 
KURSUS : BOLA JARING(KKX 3161)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan bola jaring, kemahiran-kemahiran asas bola jaring khususnya dari segi teknik yang betul dan pelajar diberikan pendedahan untuk terlibat di dalam pengajuran kejohanan.
 
KURSUS : BOLA BALING (KKX 3171)
SINOPSIS: Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan berkebolehan membuat hantaran, rejaman dan tangkapan yang baik bola baling, mengaplikasikan peraturan dalam permainan ini serta berkemahiran dalam penyediaan padang dan alatan permainan ini.
 
KURSUS : SOFBOL (KKX 3181)
SINOPSIS: Kursus ini mengajar peraturan sukan sofbol, latihan kecergasan, asas pengadilan, teknik permainan dan penganjuran sukan sofbol.
 
KURSUS : RAGBI (KKX 3191)
SINOPSIS: Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep dan permainan asas ragbi, mengetahui cara memimpin kumpulan dan berkerjasama dalam satu kumpulan serta menggalakkan aktiviti yang diceburi sebagai satu gaya hidup sihat.