Print

Teras Pasukan Pakaian Seragam Tanpa Senjata

KHURSUS : VARSITY SCOUTS
PENGAKAP KELANA SISWA I (KKY 10103)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan ilmu kepengakapan, sejarah, struktur organisasi ilmu asas perkhemahan kawad kaki istiadat pengakap, kerja tali-menali, mengagak serta ilmu perkhemahan. Kursus ini menekankan kepimpinan Manikayu yang akan melayakkan mereka menjadi pemimpin.
 
KHURSUS :RED CRESCENT SOCIETY
BULAN SABIT MERAH I (KKY 10203)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan sejarah, prinsip asas pergerakan palang merah dan pendidikan dalam PBSM. Pelajar didedahkan kepada asas-asas pertolongan cemas seperti pendidikan kesihatan asas (basic health education), rawatan dirumah (home nursing)yang diperlukan untuk program persijilan pertolongan cemas permulaan dan sijil-sijil rawatan di rumah permulaan diperkenalkan juga.
 
KHURSUS : STUDENT UNIVERSITY CIVIL DEFENSE CORPS
PERTAHANAN AWAM I (KKY 10311)
PERTAHANAN AWAM II (KKY10321)
PERTAHANAN AWAM III (KKY20331)
PERTAHANAN AWAM IV (KKY20341)
PERTAHANAN AWAM V (KKY30351)
SINOPSIS: Kursus ini menekankan kebolehan memberi arahan dan sentiasa berada dalam tahap disiplin yang tinggi. lanya juga membentuk pelajar agar boleh memberikan pertolongan cemas pada bila-bila masa.
 
KHURSUS : FIRE AND RESCUE CORPS
BOMBA DAN PENYELAMAT I (KKY 10411)
BOMBA DAN PENYELAMAT II (KKY  10421)
BOMBA DAN PENYELAMAT III (KKY 20431)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalan struktur dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sejarah bomba, fungsi, bidang kuasa dan undang-undang serta kod etika kebombaan. Pelajar juga diberi pendedahan kepada pelajaran tentang sains kebakaran, media pemadaman, alat pemadam api, kawad kaki dan kawad operasi.
 
KHURSUS : PUTERI ISLAM I (KKY 10503)
SINOPSIS: Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada dasar pertubuhan, perlembagaan dan pentadbiran organasasi Puteri Islam. Disamping itu juga pelajar diberi penerangan tentang kesihatan asas, asas pertolongan cemas, asas kesejahteraan hidup, asas sains rumahtangga dan pelajaran kawad kaki.
 
KHUSUS :KHIGHTS CORPS
KESATRIA I (KKY 10611 )
KESATRIA II (KKY10621 )
KESATRIA III (KKY 20631)
SINOPSIS: Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada pengenalan asas ketenteraan dalam modul kesatria serta pengenalan ilmu rekreasi, kawad kaki, latihan kecergasan, tatatertib, pakaian seragam dan istiadat bendera. lanya juga melatih pelajar sebagai pemimpin diperingkat sekysen dan platun serta ilmu perkhemahan dan ilmu pertolongan cemas di medan (combat medic).
 
KHURSUS: PUTERI ISLAM MOVEMENT OF MALAYSIA
PANDU PUTERI I (KKY 10711)
PANDU PUTERI II (KKY 10721)
PANDU PUTERI III (KKY 10731)
SINOPSIS :Kursus ini pelajar didedahkan kepada dasar pertubuhan, perlembagaan dan pentadbiran organisasi Pandu Puteri. Disamping itu juga pelajar diberi penerangan tentang sejarah perkembangan,prinsip asas kepanduan, kaedah kepanduan, kawad kakidan istiadat kepanduan, perkhemahan, khidmat masyarakat , program asas pemimpin muda serta sikap dan nilai .