Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Teras Kebudayaan

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik melukis batik canting, mewarna (sistem pewarnaan) dan mematikan warna untuk pembuatan batik canting serta kaedah-kaedah penggunaannya bagi mendapatkan hasil reka corak batik yang baik, berkualiti dan cantik.

Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada pelajar tentang konsep dan teknik bermain alat muzik mengikut kreativiti kumpulan semasa mengadakan satu-satu persembahan.

Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar asas menyanyi dengan cara mempelajari kaedah suara, teknik, penjiwaan dan persembahan yang betul serta membaca notasi lagu-lagu koir secara individu dan berkumpulan.

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar cara-cara permainan muzik kompang dengan betul dan mematuhi etika. Bagaimana cara-cara mengalunkan sesuatu irama muzik tradisional dan rentak kontemporari. Estetika dan daya kreatif, kesungguhan dan minat yang menjadi asas kepada permainan muzik kompang. Estetika bermaksud pemupukan daya kreativiti dan bakat.

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu seni tari. Pelajar akan menghasilkan persembahan yang berdaya kreatif, tarian tradisional dan moden secara perseorangan dan berkumpulan.

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada persediaan fizikal dan mental yang menjadi asas kepada lakonan. Persediaan fizikal termasuklah memahami latihan untuk olah tubuh dan vokal (pengucapan). Persediaan mental pula merujuk kepada proses memahami lakonan melalui latihan seperti improvisasi, bahasa badan (body language), pemerhatian dan penghayatan.

Kursus ini memberikan pendedahan asas kepada pelajar tentang konsep dan teknik bermain alat muzik mengikut kreativiti kumpulan semasa mengadakan satu-satu persembahan.

Kursus ini mendedahkan pengenalan kepada asas seni khat serta keperluannya. Ia menitik beratkan dari segi memahami kaedah asas penulisan khat dengan tumpuan kepada khat Nasakh dan Riqaah. Melatih pelajar untuk merealisasikan kemahiran insaniah membentuk nilai profesionalisme yang beretika, kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan.

Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar cara mempelajari Al-Quran dengan cara yang mudah dan cepat dengan membaca modul Iqra’ dengan lancar dan mengaplikasikan tanda- tanda bacaan Rasm Usmani dalam pembacaan Al-Quran. Ia juga memberi peluang pelajar untuk mempelajari kemahiran mengurus sesuatu majlis yang berkaitan tilawah, hafazan dan kem motivasi al-Quran serta memimpin masyarakat dalam sesebuah organiasasi.

Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar kaedah membaca Al-Quran secara berlagu di samping memperkenalkan jenis – jenis lagu yang digunakan ketika membaca Al-Quran.

 
 
Powered by Phoca Download

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami