Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Teras Kemasyarakatan & Kesukarelawanan

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar peranan untuk menyalurkan maklumat sebagai satu saluran interaktif mengeratkan hubungan Polis sebagai pencegahan jenayah. Kursus ini juga di ajar dalam pendidikan dan kesedaran sivik.Pelajar akan diberi tugasan dalam kontek pencegahan dan menyalur maklumat kepada pihak PDRM. Selain dari itu pelajar akan ditekan tatacara perhubungan serta misi Rakan Cop.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran fotografi kepada pelajar – pelajar. Aspek-aspek teori dan pratikal serta teknik-teknik pengambilan gambar/foto yang menarik diberi penekanan. Pelajar berpeluang menghayati seni foto dengan mempratikkan kombinasi teknologi kamera fotografi digital (DSLR) dan analog (SLR). Latihan penggambaran di luar kampus akan diadakan sebagai sebahagian daripada keperluan kursus. Pelajar sendiri akan menentukan tempat, tarikh dan pengurusannya.

Kursus ini menerangkan aspek-aspek pengetahuan dan pendidikan asas sejarah dadah, jenis- jenis dadah dan kesan/akibat kepada manusia, penguatkuasaan undang-undang, profil seorang penagih dan bekas penagih, proses pemulihan di Pusat cure & care, penjara dan pelajar juga dibawa melawat ke Pusat cure & care dan penjara di dalam negara. Selain dari itu, kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelatih melalui kaunseling berkelompok dan penganjuran kursus / bengkel dan seminar anti dadah.

Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan dengan program kemasyarakatan, kebajikan dan kesedaran. Pelajar juga akan diajar mengenai ciri – ciri kepimpinan dalam menguruskan sesebuah program kemasyarakatan. Pelajar akan melakukan kerja – kerja amal pada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Briged Perdana merupakan satu subjek pengurusan bantuan yang menekankan kebolehan memberi bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir dan sebagainya. Pelajar diberi pendedahan pertolongan cemas, kaedah membawa mangsa, bantuan jiwa murni dan kepimpinan. Pelajar sentiasa berada dalam tahap disiplin yang tinggi. Ian juga membentuk agar dapat berkerjasama dengan masyarakat awam.

Dalam kursus ini pelajar akan diberi penerangan tentang kasih sayang, kemanusiaan, kesejahteraan hidup dan asas sains rumah tangga. Pelajar akan didedahkan dengan program kemasyarakatan, kebajikan dan kesedaran. Pelajar juga akan diajar mengenai ciri-ciri kepimpinan dalam menguruskan sesebuah program kemasyarakatan. Pelajar juga didedahkan dengan kerja-kerja amal seperti membantu masyarakat warga emas, orang kelainan upaya, anak yatim dan komuniti setempat.

 
 
Powered by Phoca Download

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami