Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Teras Keusahawanan & Pembinaan Diri

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Batik Canting, sejarah Batik Canting, belajar lakaran batik design, bancuhan warna. Pelajar juga akan diajar mengenai jenis-jenis batik lukis seperti batik ikat dan ‘rainbow’ , teknik celup dan pelajar berpeluang melakukan amali seperti membuat batik dan menghasilkan saputangan /canting kemeja dan pareo.

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penghasilan Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun / Baju Kurung Moden dan Kain Duyung. Pelajar juga akan diajar untuk mengenal pasti bahan dan peralatan yang sesuai, kemahiran mendraf pola, memotong fabrik serta proses mencantumkan fabrik.

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Batik Terap, sejarah batik, belajar lakaran batik design, teknik memblok dan mewarna. Pelajar juga berpeluang melakukan amali seperti membuat saputangan terap, alas/seperah meja, pareo dan sarung lapis secara individu dan berkumpulan.

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Kraf Kreatif, sejarah Kraftangan (Anekakraf), dan kreativiti dalam menghasilkan produk kraf kreatif samada secara individu ataupun berkumpulan. Pelajar akan diajar bagaimana menghasilkan produk seperti kotak cenderahati, kotak telur, kotak hantaran dan bakul hamper.

Kursus ini memperkenalkan ilmu kepengakapan, sejarah, struktur organisasi, ilmu asas perkhemahan, kawad kaki, istiadat pengakap, kerja tali menali, mengagak serta ilmu perkhemahan. Kursus ini juga menekankan kepimpinan Manikayu yang akan melayakkan mereka menjadi pemimpin.

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aktiviti pertanian komersial dan moden. Antaranya asas agronomi, horticultur, penternakan, pengurusan pertanian, sains tanah dan penyakit serta perosak. Tunjukajar cara merangka perancangan ringkas projek penanaman/ penternakan jangkamasa pendek. Penanaman dan penjagaan awalan,cara-cara mengawal serangan musuh dan penyakit terhadap tanaman. Penuaian hasil tanaman, pembungkusan, penyimpanan dan pemasaran.

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan konsep-konsep asas dalam keusahawanan. Pelajar juga akan diajar mengenai teknik-teknik menjadi usahawan yang berjaya dengan melakukan latihan amali. Mereka juga dilatih cara-cara mengurus dan menganjurkan program berkaitan dengan keusahawanan.

Memberi pendedahan serta mengenalkan panduan-panduan dalam menghasilkan bahan berita di dalam akhbar menerusi pelbagai isu semasa dalam dan luar negara demi kepentingan umum melalui media cetak dan elektronik di negara ini.

Kursus ini bertujuan untuk membimbing pelajar agar mempunyai keyakinan diri dan berkeupayaan menggunakan teknik yang betul untuk berucap di khalayak ramai di samping mencari idea dan jalan penyelesaian terhadap masalah serta dapat bekerjasama dengan orang lain.

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan konsep-konsep asas dalam debat. Pelajar juga akan diajar mengenai kaedah-kaedah perdebatan yang berkesan dan melakukan latihan amali. Mereka juga dilatih cara-cara mengurus dan menganjurkan pertandingan.

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penghasilan quilting danpatchwork untuk menghasilkan produk jahitan yang bersesuaian. Pelajar juga akan diajar mengenai bahan dan peralatan yang sesuai, mereka dan menjahit corak quilting, memotong dan menjahit produk jahitan yang bersesuaian serta memilih warna fabrik yang sesuai.

Kursus ini memperkenalkan cara-cara penyediaan makanan seperti kek, pastry, dessert, roti dan kemahiran penyajian makanan. Kursus ini merangkumi idea-idea dan kaedah yang betul mengangkut makanan yang selamat.

Kursus ini membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling di Malaysia, dan etika kaunseling. Turut disentuh dalam kursus Rakan Kaunselor ini ialah aspek- aspek berkaitan kemahiran asas menolong dan kemahiran asas kaunseling yang dapat digunakan oleh pelajar menjadai pendengar yang aktif dan berempati.

 
 
Powered by Phoca Download

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami