
Kayak Little Amazon Of Terengganu
Hulu Terengganu - Seramai 150 warga UniSZA yang terdiri dari staf dan pelajar menyertai ekspedisi berkayak sejauh 46 KM dari Jambatan Kuala Berang ke Pulau Warisan, Kuala Terengganu
Program Kayak In Little Amazon Of Terengganu itu diadakan selama tiga hari bermula semalam sehingga 16 September dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff
Sepanjang tiga hari program, peserta turut mengadakan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat di setiap perhentian antaranya gotong royong, rewang, sukaneka, pemeriksaan kesihatan, ceramah motivasi dan program Bakul Rahmah.
Pada hari terakhir ekspedisi, peserta akan menyambut Hari Malaysia di Pulau Warisan dan semoga program ini memberikan impak positif kepada semua peserta serta masyarakat luar bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba.
#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |