
Bengkel ISO
Kejayaan dalam sesuatu sistem pembelajaran amat berkait rapat dengan kelicinan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Tugas PPHP tidak hanya menawarkan kursus kokurikulum kepada para pelajar, malah ia juga perlu memastikan agar proses penawaran dan aktiviti pelajar berjalan dengan lancar.
Menyedari hakikat akan kepentingan ini, PPHP dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan Inovasi dan Pengkormersilan (RMIC) telah mengadakan bengkel Sistem Perkhidmatan Kualiti bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di PPHP. Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), iaitu Prof. Madya Mohd Shoki bin Md Ariff. Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang Pengurusan dan Bisnes yang banyak memberi konsultasi di jabatan kerajaan dan swasta bagi penyediaan dan semakan dokumen kualiti perkhidmatan di peringkat nasional. Bengkel ini diharap agar dapat menambahbaik mutu perkhidmatan yang ada di PPHP pada masa akan datang.
![]() |
![]() |