Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
https://pphp.unisza.edu.my/images/banners/pphp-uitmkk.png

Bengkel Pengurusan Kokurikulum Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (UniSZA) Bersama UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu

Pada 4 Oktober 2024, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA telah mengadakan, " Bengkel Pengurusan Kokurikulum" bersama UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Delegasi bengkel PPHP UniSZA seramai 15 orang pada kali ini diketuai oleh Kapt. Dr. Akila bin Mamat, Pengarah PPHP, telah tiba di kampus UiTM Sabah pada jam 8:20 pagi dan disambut mesra oleh Y.Bhg.Dr. DG Ku Habibah Ag Kee, Timbalan Rektor JHEP dan Ketua-ketua Unit Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah.
 
Acara dimulakan dengan sesi bergambar di Lobi Utama Menara Wibawa, diikuti dengan ucapan kata aluan yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dr. DG Ku Habibah Ag Kee, Timbalan Rektor JHEP UiTM Cawangan Sabah, di Bilik Seminar PJIM&A. Sesi pembentangan pertama telah disampaikan oleh Lt. Kol Mohd Khairun Hafizan bin Yusof (Kest), bertajuk "Sistem Pengurusan Kokurikulum serta Aktiviti Kokurikulum". Beliau menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengab pengurusan akademik kokurikulum, serta strategi penambahbaikan sistem dan aktiviti kokurikulum di kedua-dua institusi.
 
Manakala sesi pembentangan kedua, telah dibentangkan oleh Ts.Dr.Rozlianah Fitri Saad, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar Uitm Caw. Sabah dengan tajuk " IDAT : Modul Aspirasi UTAMA Kepimpinan Pelajar".Terdapat 6 modul utama yang Wajib di ikuti oleh pelajar semester 1,2 & 3 diploma dan ijazah. Fokus utama dalam modul ini adalah penekanan aspek kerohanian dalam kalangan pelajar kokurikulum berdasarkan modul yang telah di tetapkan oleh Unit Kepimpinan Pelajar.
 
Di akhir bengkel ini, delegasi PPHP turut di bawa melawat ke Pusat Kegiatan Pelajar dan Kapt.Dr.Akila bin Mamat diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat oleh Skuad Helang Batalion 2 Komander Kesatria UiTM yang sedang membuat latihan kawad di sana.
 
Melalui bengkel ini, beberapa langkah telah dipersetujui untuk memperbaiki struktur dan pengurusan kokurikulum, serta menggalakkan perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua universiti. Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh pembangunan holistik pelajar melalui kokurikulum yang lebih terancang dan berkesan, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan.
 
 
 
     
     
     
     
     
 

 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami