Bengkel Semakan Silibus & Pemurniaan Details Course Information (DCI)
23-25 Mei 2025 - Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA (PPHP) telah mengadakan Bengkel Semakan Silibus & Pemurniaan Details Course Information (DCI) bagi Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di Cherengin Hills, Janda Baik. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini adalah untuk menambahbaik DCI sedia ada dengan memasukkan elemen HIEPS, PTG dan OBE dalam kursus kokurikulum yang ditawarkan. Majlis perasmian penutup bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPHP UniSZA yang juga terlibat sama dalam Bengkel ini. Terima kasih kepada penyelaras yang dipilih untuk sama² memurnikan DCI ini iaitu En. Dahari Alias, Ustaz Zulkeefli Awang dan Puan Farhana Jusof atas komitmen yang diberikan. Tidak lupa juga kepada semua staff PPHP yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga Allah jualah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.
#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani