Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 Tahun 2024
Pada 18 Ogos 2024, acara kemuncak Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 telah berlangsung di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Majlis istiadat ini menyaksikan seramai 827 orang Pegawai Kadet SISPA berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan dari pelbagai Institusi Awam, termasuk 36 orang Pegawai Kadet SISPA dari Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) yang telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (PA).
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir dalam istiadat ini adalah Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir; serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Johor.
Selain itu, majlis ini juga turut dihadiri oleh Mejar Bersekutu, TS Dr. Zarizal bin Suhaili dan juga Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar; Dr. Akila bin Mamat, turut hadir memeriahkan majlis ini.
Diharapkan segala ilmu dan pengalaman dalam bidang pertahanan awam yang diperoleh oleh para Pegawai Kadet dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, selaras dengan tema istiadat kali ini, "Pertahanan Awam Melestarikan Semangat Kesukarelawanan Malaysia Madani."

![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|