
Kelas Alat Muzik Moden
Program yang telah dijalankan ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan meningkatkan keilmuan terhadap budaya muzik dalam kalangan kita khususnya mahasiswa dan mahasiswi. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat dicapai. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyebarkan budaya muzik dan meningkatkan pemahaman mahasiswa UniSZA tentang bidang muzik. Justeru, program ini diadakan dengan harapan dapat membuka mata pelajar-pelajar UniSZA dan melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan cemerlang.
Pada 18 hingga 19 Mei 2023 yang lalu, Kor Alat Muzik Moden (AMM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) telah mengadakan program “The Music Alchemy: Let Music Feeds Your Soul” sempena Festival Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin 1.0 (FESKO 1.0) di dataran Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). Program ini disertai oleh Encik Mazlee (fasilitator AMM), 37 orang ahli kor AMM dan juga pelajar-pelajar yang bukan ahli kor AMM. Komuniti yang terlibat dalam program ini adalah pelajar UniSZA.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebarkan kebudayaan muzik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal alat muzik moden dan membuat persembahan. Impak kepada peserta program ini adalah memperkembangan potensi peserta dalam bidang muzik dan membantu mereka untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Seterusnya, impak kepada UniSZA adalah mempromosikan kebudayaan kepada pelajar-pelajar UniSZA dan meningkatkan imej UniSZA. Di samping itu, impak kepada masyarakat adalah menyantuni jiwa dan perasaan manusia dengan music kerana muzik ialah bahasa yang boleh diucapkan oleh semua masyarakat merentasi bangsa, budaya, sosial, pendidikan, ekonomi serta mengukuhkan apresiasi dan kesedaran komuniti. Akhirnya, impak kepada negara adalah budaya muzik dapat diwariskan dan kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan melalui muzik.
Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Pada 18 Mei 2023 (Khamis), pameran alat muzik moden, bengkel “Guitar & Keyboard” dan busking telah diadakan. Sementara itu, soalan quiz disediakan untuk para peserta dan cenderahati telah dibagikan kepada peserta-peserta yang dapat jawab kuiz dengan betul. Pada 19 Mei 2023 (Jumaat), pertandingan nyanyian solo dengan nama “Fly High With Your Voice” telah diadakan dan disertai oleh 9 orang peserta. Encik Hishamuddin, pengurus Kelab Muzik Moden D’Mahameru telah dijemput sebagai juri pertandingan ini. Akhirnya, 3 orang pemenang dilahirkan dan hamper diberikan kepada para pemenang. Pada malam hari itu, ahli AMM telah dijemput untuk membuat persembahan. Lagu-lagu yang menarik seperti “Sedetik Lebih” dan “Teruna Dan Dara” telah dipersembahkan.
Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya diadakan atas kerjasama semua pihak yang terlibat walaupun pelbagai masalah muncul semasa program ini dijalankan. Sikap bertanggungjawab dan perpaduan ahli AMM telah dipupuk semasa program ini dijalankan. Akhir sekali, program ini merupakan sesuatu pengalaman dan memori terbaik kepada ahli-ahli AMM.
#IlmuDemiFaedahInsan
#uniszapastitahu
#proudlyUniSZA
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
||
|