Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Asas Menyelamat di Darat dan Air

13-15 2024 - Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA dengan kerjasama Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Asas Menyelamat di Darat dan Air. Seramai 21 orang peserta telah menyertai kursus selama 3 hari 2 malam yang diadakan di Kem Merang UniSZA.
Dalam kursus tersebut peserta telah didedahkan berkenaan asas ikatan, rappeling serta peralatan, cara menyelamat aras tinggi, flying fox dan asas menyelamat di air.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Akila bin Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, UniSZA.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Terengganu yang telah berkongsi ilmu yang sangat berguna ini.

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 
 
     
     
     
     
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami