Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Pengukuhan Dan Jati Diri Pegawai Kehormat Badan Beruniform UniSZA 2024

11-13 Julai 2024 – Kuala Berang, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA telah menganjurkan Kursus Pengukuhan dan Jati Diri Pegawai Kehormat Badan Beruniform UniSZA 2024 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Kuala Berang, Terengganu. Seramai 46 orang peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi UniSZA dan semua Pegawai Kehormat Badan Beruniform UniSZA. Turut terlibat dalam kursus ini ialah Ketua Pusat Tanggungjawab dan Timbalan KPTj di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor HEPA.
Antara matlamat kursus ini adalah sebagai salah satu usaha pemerkasaan latihan berpasukan yang lebih berintegriti secara berterusan agar melahirkan pegawai yang lebih berintegrasi, berketerampilan dan boleh melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Selain itu, kursus ini juga dapat memperkasa semangat kecintaan terhadap negara dan UniSZA dan membina kerjasama yang jitu dalam pasukan.
Kemahiran berkomunikasi dan penglibatan aktif secara berkumpulan yang lebih berintegrasi, penerapan pemikiran yang kreatif dan kritis yang ideal dan membina semangat juang yang tinggi di dalam diri pegawai agar lebih kental dan tahan cabaran juga merupakan antara tujuan diadakan kursus ini.
Dalam kursus tersebut peserta telah didedahkan berkenaan asas Kawad kaki dan kawad tongkat yang mana ianya sangat penting bagi seorang Pegawai Kehormat Badan Beruniform. Selain itu, peserta juga melakukan aktiviti ‘Abseiling’ di mana melalui aktiviti ini setiap peserta dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Asisten Komisionar Polis (Kehormat) Profesor Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), merangkap Komandan Kor-Suksis, Universiti Sultan Zainal Abidin.
Kursus ini berjaya memperkasa Pegawai Kehormat Badan Beruniform UniSZA dengan kepemimpinan dan jati diri yang padu. Selain dapat mempelajari kemahiran memimpin secara berkesan untuk memimpin pelajar dan organisasi.

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 
 
     
     
     
 
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami