Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Pengurusan dan Organisasi (KPO) Semester II Sesi 2024/2025

Kursus Pengurusan dan Organisasi (KPO) Semester II Sesi 2024/2025 telah berlangsung pada 18 April 2025 di Dewan Auditorium Akademik, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Kapten Dr. Akila bin Mamat, yang menekankan kepentingan pengurusan organisasi dalam pembangunan sahsiah pelajar.
Berikut merupakan pengisian utama sepanjang kursus:
- Dr. Mohamad Nur Fuadi bin Pargi (Timbalan Pengarah Akademik) – Penerangan mengenai pendaftaran Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dan struktur kursus.
- Encik Hasbullah bin Ismail (Timbalan Pengarah Kemahiran Insaniah) – Taklimat mengenai Projek Akhir Pelajar dan Festival Kokurikulum (FESKO) yang akan dijadualkan pada 13–14 Jun 2025.
- Encik Ahmad Hafiz Hilmi bin Salleh @ Hassan (Penolong Pendaftar Kanan) – Slot teknik penulisan rasmi termasuk kertas cadangan, surat rasmi, dan minit mesyuarat.
- Encik Tarmizan bin Ibrahim (Penyelaras Kampus Besut) – Panduan pengisian maklumat kewangan program pelajar ke dalam Sistem Profail Pelajar (SPP).
Pelajar turut diberi ruang selama satu jam untuk berbincang dan membentangkan perancangan program mengikut teras masing-masing. Kursus ini merupakan inisiatif PPHP dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan, komunikasi, dan etika organisasi sejajar dengan aspirasi universiti melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.
 
 
 
     
     
     
     
     
 

 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami