Kursus Pengurusan Organisasi "Kepimpinan Perwakilan Badan Beruniform 2024"
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI "KEPIMPINAN PERWAKILAN BADAN BERUNIFORM 2024" MENJADI FOKUS PEMBANGUNAN HOLISTIK UNIVERSITI**
Bukit Kluang, Terengganu - Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) telah menganjurkan kursus pengurusan organisasi bertajuk "Kepimpinan Perwakilan Badan Beruniform 2024" dengan tujuan memperkasa pengurusan aktiviti kokurikulum pakaian seragam di universiti. Kursus ini mendapat bimbingan dan pengiktirafan daripada Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UNICC), memberikan keyakinan terhadap kualiti dan relevansi program.
Kursus ini telah dikendalikan oleh kakitangan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, yang telah mendapat bimbingan dan pengiktirafan daripada Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UNICC). Matlamat utama adalah untuk meningkatkan mutu penganjuran aktiviti oleh pelajar-pelajar kokurikulum yang memakai seragam universiti.
Kem Kepimpinan Badan Beruniform ini menetapkan beberapa objektif penting dalam memastikan pelajar mampu memberi pendedahan kepada pelajar lain dalam pengendalian program kursus kokurikulum seragam, menanam sikap bertanggungjawab dalam pelajar dengan melibatkan mereka dalam tugas-tugas jawatankuasa hasil pelantikan dari kursus kokurikulum, mendedahkan para pelajar dalam penyediaan kertas kerja, pengurusan peralatan, keperluan program, dan penyediaan laporan aktiviti, serta melahirkan dan meningkatkan kualiti kepimpinan pelajar dalam pengurusan organisasi kursus masing-masing.
Kursus "Kepimpinan Perwakilan Badan Beruniform 2024" Siri I 2024 dijadualkan pada 25 hingga 27 Januari 2024 di Bukit Kluang Beach Resort, Besut, Terengganu. Kursus ini melibatkan penceramah-penceramah terkemuka seperti Dr. Akila bin Mamat, Dr. Mohd Firdaus bin Yahaya, Dr. Fuadi bin Pargi, En. Hasbullah bin Ismail, En. Mohd Tarmizan bin Ibrahim, dan En. Azizzi bin Mat Jusoh sebagai fasilitator, serta penceramah jemputan En. Salman bin Lambak (Penyelaras Anugerah Tokoh HEPA). Urusetia kursus melibatkan 6 orang kakitangan PPHP.
Peserta kursus terdiri daripada 25 orang Perwakilan Badan Beruniform (PPBU) baru dan 3 orang dari mantan PPBU . Mereka akan mengaplikasikan 7 kemahiran insaniah kepada pembelajaran dan pengajaran kursus kokurikulum. Harapannya, kursus ini dapat mencapai matlamat meningkatkan kepimpinan dan pengurusan organisasi di kalangan pelajar universiti yang terlibat.
#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |