Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Latihan Kem Tahunan Palapes UA

Latihan Kem Tahunan Palapes Udara Universiti Awam (UA) 2018 telah berlangsung selama seminggu, bermula daripada 22 - 28 Januari 2018 baru-baru ini. Latihan pada kali ini diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah. Perasmian bagi Latihan Kem Tahunan Palapes Udara UA ini telah disempurnakan oleh Kol (K) Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang latihan ini berlangsung. Antara acara yang dipertandingkan adalah kawad kaki, pertandingan sukan, pertandingan jalan lasak, pertandingan merentas halangan dan pertandingan menembak. Pasukan Palapes Udara UniSZA dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran bagi acara sukan pada kem latihan kali ini.

Pasukan Palapes Udara UniSZA telah berjaya merangkul juara dalam acara pertandingan kawad kaki dan bola tampar kategori wanita. Dan tempat kedua bagi acara bola tampar kategori lelaki dan bola jaring.

Acara penutup dalam latihan pada kali ini adalah pertandingan menembak bagi peringkat Pegawai Muda dan Pegawai Kadet peringkat Senior. Acara ini telah diadakan di lapang sasar UUM. Secara keseluruhannya, UniSZA mendapat tempat ketiga dalam Latihan Kem Tahunan Palapes (UA) 2018. 

Latihan Kem Tahunan Palapes Udara Universiti Awam (UA) 2018 ini telah disertai oleh Palapes Udara daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Pahanag (UMP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami