
Lawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Ke UniSZA
Rombongan pasukan simpanan tentera darat ke UniSZA hari ini diketuai oleh Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Hamdan bin Haji Ismail, Kolonel Sukiman bin Mohamed Ghani dan Mejar Faizal. Perbicangan hari ini adalah lanjutan daripada pertemuan bagi menubuhkan pasukan tentera darat sebagai salah satu kokurikulum pelajar di UniSZA.
Dalam kunjungan pada hari ini, rombongan telah disambut oleh Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah yang mewakili Naib Canselor UniSZA, Encil Ismail Musa, Dr. Akila Mamat dan pegawai-pegawai yang berkaitan dengan lawatan hari ini. Seterusnya rombongan telah diberi taklimat oleh YBrs. Dr. Akila Mamat, Pengarah PPHP tentang hasrat penubuhan PALAPES darat di UniSZA. Kemudian rombongan dibawa untuk meninjau beberapa lokasi yang diperlukan. Antara lokasi yang dilawat adalah seperti padang kawad, pejabat operasi, lokasi setor senjata dan kemudahan pelajar.
Berita lanjut: FB UniSZA
9 Februari 2023
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|