
Lawatan Naib Canselor ke Makmal Alami PPHP
Hulu Terengganu, 6 Mei 2017: Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif diiringi oleh Dr. Azmi bin Omar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En Ismail bin Ahmad, Pemangku Pendaftar serta pegawai-pegawai KETENGAH telah melawat tapak Makmal Alami Pusat Pembangunan Holistik Pelajar di Tasik Kenyir. Naib Canselor serta rombongan tiba di Makmal Alami pada jam 2.30 petang dan telah disambut oleh En. Salman bin Lambak, Timbalan Pengarah Kemahiran Insaniah PPHP serta kakitangan PPHP.
Naib Canselor dan rombongan telah meluangkan masa di Makmal Alami ini kira-kira setengah jam bagi meninjau sekitar tapak perkhemahan dan "dewan" yang telah dibangunkan di sini. Beliau dan rombongan terdahulu telah diberikan penerangan oleh En. Salman tentang jenis aktiviti luar dan kor pakaian seragam serta kakitangan UniSZA yang terlibat dalam membangunkan Makmal Alami di sini. Mereka juga turut dibawa untuk meninjau hasil kreativiti para pelajar dan kakitangan UniSZA seperti tapak khemah, tempat berteduh, dewan, dapur dan anjung yang telah dibina di sini.
Pada akhir lawatan, Naib Canselor melahirkan kegembiraan atas usaha para pelajar dan kakitangan UniSZA yang turut bersama untuk membangunkan Makmal Alami di Tasik Kenyir ini. Beliau berharap agar Makmal Alami ini dapat dimajukan lagi pada masa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |