Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS Universiti Awam Kali Ke-20 Tahun 2024

Bangi, Selangor 7 September 2024 (Sabtu) - Seramai 840 orang pelatih yang terdiri daripada 17 Universiti Awam (UA) telah menamatkan latihan kepolisan Kor SUKSIS pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi Universiti Awam Kali Ke-20 bagi Tahun 2024. Inspektor K/S 88789 Muhammad Hakim Syakir bin Mohamad Sani dari Kor SUKSIS UniSZA telah dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Baris. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Dihormati DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, Bukit Aman.
 
Turut hadir Yang Dihormati SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia diiringi Yang Dihormati CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Yang Dihormati CP Dato' Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor.
Turut hadir juga Yang Dihormati ACP/KS Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA merangkap Komandan Kor SUKSIS UniSZA, Yang Dihormati SUPT/KS Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA merangkap Timbalan Komandan Kor SUKSIS UniSZA, Yang Dihormati DSP/KS Wan Shahrin Azwan bin Wan Sulaiman, Ajutan Kor SUKSIS UniSZA dan Pegawai-Pegawai Penyelaras serta barisan jurulatih Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi Universiti Awam.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut.
 
 
 
 
     
     
     
 
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami