
Mesyuarat Pelarasan Kor-SUAR Bersama SPRM
Satu mesyuarat bagi penyelarasan dan taklimat berkaitan dengan kursus Kokurikulum Angkatan Siswa Antirasuah (SUAR) Universiti Sultan Zainal Abidin telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat SPRM Terengganu hari ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk membuat pelarasan kepada beberapa perkara mengenai penawaran kursus Kokurikulum Berkredit Kor-SUAR. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Zainal Ayob. Manakala wakil SPRM adalah Tuan Mohd Nur Lokman bin Samingan (Pendidikan Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi SPRM Putrajaya), Tuan Mohd Hanafi B Abd Rahim (Penyelaras SUAR SPRM) serta pegawai-pegawai SPRM selaku tenaga pengajar Kor-SUAR UniSZA iaitu Tuan Renifezri Bin Mohamad, Puan Nur Athikah Aziz dan Tuan Shamry Bin Unchang. Manakala PPHP diwakili oleh Pengarah, Dr. Akila Mamat; Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohd Firdaus Yahaya, Penolong Pendaftar Kanan, Encik Azizzi Jusoh dan Encik Nizam bin Ibrahim. Diharapkan perbincangan pada hari ini dapat melicinkan lagi penawaran Kor-SUAR di UniSZA pada masa akan datang.
23 November 2022
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |