Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Pertolongan Bencana - Di Selatan Thailand
Misi Bantuan Kemanusiaan dan Pertolongan Bencana Selatan Thailand 2024, anjuran Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) bersama Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, telah berjaya dilaksanakan pada 7 hingga 11 Ogos 2024. Misi ini adalah hasil kerjasama strategik antara MASKUM, Yayasan Perkasa Siswa (YPS), dan LightGreen Enterprise, serta melibatkan penyertaan 115 peserta termasuk sukarelawan pelajar, kakitangan universiti, dan tenaga pakar dari 20 universiti awam.
Wakil dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut menyertai misi ini seramai tujuh orang.Encik Hasbullah bin Ismail sebagai pegawai MASKUM, empat pegawai perubatan dari pusat kesihatan yang diketuai oleh Dr. Yusmina binti Mohd Yusof, dan dua orang wakil pelajar.
Misi ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada komuniti di Selatan Thailand yang terjejas akibat banjir pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini. Beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat, termasuk:
- Pemasangan lampu solar untuk meningkatkan pencahayaan.
- Pemasangan boring air dan tangki bagi memastikan bekalan air bersih.
- Kelas Bahasa Inggeris untuk pelajar pondok.
- Pemeriksaan dan saringan kesihatan untuk memastikan kesihatan penduduk.
- Pengagihan sumbangan barang-barang keperluan.
- Pemindahan ilmu mengenai pembuatan manisan kelapa laut dan pembuatan lilin daripada minyak terpakai.
- Aktiviti mengecat surau untuk memperbaiki kemudahan awam.
- Program pengguntingan rambut percuma untuk penduduk.
- Kenduri rakyat untuk merapatkan hubungan diantara komuniti setempat.
Misi ini bukan hanya mencerminkan komitmen MASKUM dalam khidmat sukarela kepada negara jiran tetapi juga berusaha membina masa depan yang lebih lestari dan berdaya tahan. Selain itu, program ini menyumbang kepada pembentukan mahasiswa yang holistik, cakna, dan proaktif dalam menangani isu-isu masyarakat di peringkat antarabangsa.
#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|