
PERBARISAN BADAN BERUNIFORM SEMESTER 1 SESI 2022/2023
16 November 2022 | Rabu
Seramai 600 orang pelajar UniSZA yang terdiri daripda lapan badan beruniform termasuk Kor PALAPES Udara, Kor SUKSIS, Kor Wataniah, Kor SISKOR, KOR SISPA, Kor Bomba, Kor Kesatria dan Kor SUAR telah menyertai Perbarisan Badan Beruniform Semester 1 sesi 2022/2023 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak hari ini.
Acara dimulai dengan tabik hormat dan pemeriksaan barisan Pasukan Kawalan Kehormat PALAPES Udara. Penerima tabik hormat pada pagi ini ialah YBhg. Kol. Kehormat Udara Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor selaku Komanden Kor PALAPES Udara UniSZA).
Majlis tersebut turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi UniSZA iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pendaftar, Penasihat Undang-undang, Pengarah Kampus Besut serta Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan selaku Pegawai Kehormat Badan Beruniform UniSZA.
17 November 2022