Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Program Kembara UniSZA Pasti Bantu

23 November 2017, telah berlangsung Program Kembara UniSZA Pasti Bantu “Charity For Humanity” yang dianjurkan oleh Kor Asas Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin bertempat di Kuala Lumpur dengan kerjasama Universiti Malaysia, Zoo Negara Kuala Lumpur, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Musium Orang Asli Gombak, Selangor, dan Radio Televisyen Malaysia. Program ini berlangsung selama selama 3 hari.

Projek ini bertujuan untuk melengkapan projek akhir bagi khusus ini. Program yang berbentuk seperti ini mampu menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman kerja sukarelawan kepada setiap peserta yang terlibat. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta terutamanya kaedah pendekatan untuk bekerjasama dengan masyarakat luar. Aktiviti yang dijalan kan di Zoo Negara Kuala Lumpur ialah menyumbangkan pek keperluan harian dan aktiviti gotong royong selain memberi khidmat nasihat di pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Maklum balas ahli kor asas kewartawanan yang diterima adalah positif dan baik malah mereka mengharapkan agar program seprti ini akan dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang dan pada masa yang samapenglibatan pelajar terhadap program yang berbentuk kemasyarakatan akan meningkat. Objektif program seperti ini salah satunya memupuk dan menyemai sifat kesukarelawan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi peka tentang peranan mereka terhadap tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling sejajar dengan kemahiran social dan bertanggungjawab.

Ini sekaligus menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi supaya bergiat aktif dalam setiap program yang dijalankan serta melatih dan mencungkil bakat-bakat baru yang mempunyai kredibiliti kemahiran sejajar dengan kerja sepasukan.

palapes pangkat 2 ko bantu 4 ko bantu 3
palapes pangkat 4 palapes pangkat 5 palapes pangkat 6 ko bantu 8

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami