Sesi Perbincangan Dan Penandaarasan Modul Persenjataan Bagi Modul Latihan Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala Nerus, 1 Ogos 2024- Satu sesi perbincangan dan penandaarasan modul persenjataan telah diadakan bertempat di Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Perbincangan ini memfokuskan pelaksanaan "Pilot Project" program kokurikulum yang melibatkan keseluruhan 160 jam pembelajaran, bersamaan dengan empat (4) jam kredit bagi empat (4) semester. Dalam usaha memperkukuhkan modul latihan ini, 10 jam pembelajaran khusus bagi modul persenjataan telah dicadangkan sebagai penanda aras untuk persediaan pelaksanaan di institusi pendidikan tinggi yang lain.
Majlis perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Kapt. Dr. Akila bin Mamat( Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar PPHP). Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YBrs. Dr. Mohd Firdaus bin Yahaya (Timbalan Pengarah PPHP), YBrs. Dr. Mohamad Fuadi bin Pargi (Penyelaras Badan Beruniform dan Jaminan Kualiti) dan Encik Mohd Tarmizan bin Ibrahim(Penyelaras Kampus Besut).
Selain itu, sesi ini juga dihadiri oleh beberapa pegawai kanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Timbalan Pesuruhjaya Nazli Rasyid bin Haji Sulong (Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat) ,Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Zuhairie bin Abu Bakar (Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM), Penolong Pesuruhjaya Suryani binti Ali , Ketua Penolong Kanan Penguasa Muhammad Zamani bin Othman , Ketua Penolong Kanan Penguasa Syafiq bin Satar, dan Penolong Kanan Penguasa Azlan bin Abd Syukor.
Sesi perbincangan ini diharapkan dapat memperkukuhkan modul latihan Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah UniSZA serta menjadi contoh kepada institusi pendidikan tinggi lain dalam melaksanakan program kokurikulum yang efektif dan relevan.
#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani