
Taklimat Fasilitator Sesi 2022/2023
Telah berlangsung pada pagi ini taklimat kepada semua pemohon untuk menjadi fasilitator di UniSZA. Seramai lebih 80 orang hadir dalam perjumpaan kali pertama secara dalam talian pada pagi ini. Perjumpaan dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengarah PPHP, Dr. Akila Mamat, seterusnya ucapan daripada Timb. Pengarah Kemahiran Insaniah, En. Hasbullah Ismail. Kemudian disusuli dengan penerangan berkenaan akademik dan aktiviti di PPHP oleh Dr. Mohd Firdaus Yahaya selaku Penyelaras Badan Beruniform dan Jaminan Kualiti PPHP. Turut memberi ucapan dalam taklimat ini adalah Dekan FUPL, Prof. Madya To' Puan Nizaita berkenaa kepentingan fail akademik dan tatacara penilaian KKB. Bengkel pemantapan fasilitator yang bakal terpilih untuk mengajar semester 1, 2022/2023 akan dimuktamadkan pada minggu hadapan. Kursus pemantapan ini dijadualkan berlangsung pada 13, 14 & 15 Oktober 2022 nanti.
7 Oktober 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |