Iklan Jawatan Fasilitator / Jurulatih Sambilan Kursus Kokurikulum Berkredit Sesi 2024/2025
● Teras Kebudayaan (2 jam kredit)
● Teras Kemasyarakatan & Kesukarelawanan (2 jam kredit)
● Teras Keusahawanan dan Pembinaan Diri (2 jam kredit)
● Teras Sukan (2 jam kredit)
● Teras Seragam Tanpa Senjata (1 jam kredit)
● Teras Seragam Bersenjata (1 jam kredit)
Lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut:
KGB: Kampus Gong Badak
KB: Kampus Besut
KP: Kampus Perubatan
i. Pemohon hendaklah mengisi borang PERMOHONAN JAWATAN FASILITATOR SAMBILAN Pusat Pembangunan Holistik Pelajar.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
A. SALINAN KAD PENGENALAN
B. SALINAN SPM/SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH BAGI KELAYAKAN YANG DISYARATKAN
C. SALINAN TRANSKIP DIPLOMA/IJAZAH
D. SALINAN SIJIL-SIJIL YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN
iii. Pemohon yang terdiri daripada kakitangan sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan disertakan bersama. Permohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.
CATATAN AM:
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas sebelum Semester 1 atau Semester 2 sesi 2024/2025 bermula hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Pemohon yang berjaya WAJIB menghadiri satu Bengkel Fasilitator atau “Training on Trainers” (TOT) yang akan dilaksanakan sebelum semester bermula (semester 1 dan 2) pada setiap sesi akademik.
- Kursus Kokurikulum Berkredit di PPHP lazimnya diadakan pada hujung minggu (Jumaat atau Sabtu) sepanjang sesi akademik berlangsung.
- Dari masa ke semasa, tenaga pengajar juga akan dipanggil ke mesyuarat yang diadakan di PPHP sama ada pada hari bekerja atau pada hujung minggu.
- Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini, sila berhubung dengan Pembangunan Holistik Pelajar di talian 09-668 8932 atau melalui emel: azizzi[at]unisza.edu.my.
| Panduan Mengisi Borang: | Muat Turun | |
|

