Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

TERAS KEUSAHAWANAN & PEMBINAAN DIRI

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN DIPLOMA

 
Asas kemahiran pertanian adalah satu mata pelajaran amali keusahawanan yang berasaskan aktiviti pertanian komersial dan moden. Kursus ini mendedahkan pelajar terhadap teknik-teknik asas bertani daripada penyediaan kawasan, penjagaan dan penuaian.
 
Kursus ini akan menunjuk ajar kepada pelajar bagaimana untuk menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang merangkumi pertadbiran, operasi, pemasaran, persaingan dan kewangan
  
3. BATIK CANTING (KKN 10803)
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Batik Canting, sejarah Batik Canting, belajar lakaran batik design, bancuhan warna. Pelajar juga akan diajar mengenai jenis-jenis batik lukis seperti batik ikat dan ‘rainbow’ , teknik celup dan pelajar berpeluang melakukan amali seperti membuat batik dan menghasilkan sapu tangan /canting kemeja dan pareo.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Batik Terap, sejarah batik , belajar lakaran batik design, teknik memblok dan mewarna. Pelajar juga berpeluang melakukan amali seperti membuat saputangan terap, alas/seperah meja, pareo dan sarung lapis secara individu dan berkumpulan.
 
Kursus ini mendedahkan pelajar dengan konsep-konsep asas dalam debat. Pelajar juga akan diajar mengenai kaedah-kaedah perdebatan yang berkesan dan melakukan latihan amali. Mereka juga dilatih cara-cara mengurus dan menganjurkan pertandingan.
  
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penghasilan Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun, Baju Kurung Moden dan Kain Duyung. Pelajar juga akan diajar untuk mengenai pasti bahan dan peralatan yang sesuai, kemahiran menyediakan pola serta memotong fabrik.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penghasilan quilting dan patchwork untuk sarung kusyen dan hiasan dinding. Pelajar juga akan diajar mengenai bahan dan peralatan yang sesuai, mereka dan menjahit corak quilting, memotong dan menjahit sarung kusyen serta memilih warna fabrik yang sesuai.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Kraf Kreatif, sejarah Kraftangan (Anekakraf), dan kreativiti dalam menghasilkan produk kraf kreatif samada secara individu ataupun berkumpulan. Pelajar akan diajar bagaimana menghasilkan produk seperti kotak cenderahati, kotak telur, kotak hantaran dan bakul hamper. 
 
 
 

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN SARJANA MUDA

 
Kursus ini menekankan konsep-konsep asas dalam pengucapan awam bagi membina kecekapan berpidato dan berucap di kalangan pelajar. Bakat dan pengetahuan dalam bidang komunikasi umum yang ada pada pelajar akan digilap melalui latihan-latihan amali pengucapan.
 
Kursus ini memberi pendedahan serta mengenalkan panduan-panduan dalam menghasilkan bahan berita di dalann akhbar menerusi pelbagai isu semasa dalam dan luar negara demi kepentingan umum melalui media cetak dan elektronik di negara ini.
 
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran fotografi kepada pelajar-pelajar. Aspek-aspek teori dan pratikal serta teknik-teknik pengambilan foto yang menarik diberi penekanan. Pelajar berpeluang menghayati seni foto dengan mempraktikkan kombinasi teknologi kamera fotografi digital dan analog (SLR kamera). 
 
4. KATERING (KKN 10203)
Kursus ini dibentuk bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran dalam bidang katering. Para pelajar akan diberi penerangan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek penyediaan makanan, pengurusan dapur, prinsip makanan dan juga perkhidmatan katering.
 
Kursus ini memperkenalkan ilmu kepengakapan, sejarah, struktur organisasi, ilmu asas perkhemahan, kawad kaki, istiadat pengakap, kerja tali-menali, mengagak serta ilmu perkhemahan. Kursus ini menekankan kepimpinan Manikayu yang akan melayakkan mereka menjadi pemimpin. 
 
Rakan Kaunselor merupakan subjek yang menekankan aspek-aspek kemahiran asas kaunseling yang dapat digunakan oleh pelajar mata pelajaran ini untuk membantu diri, rakan pelajar, keluarga dan masyarakat sekelilingnya menangani masalah. Selain dari itu mata pelajaran ini memeberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran mengurus dan memimpin dalam sesebuah organisasi.

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami