Print

Ekspedisi Gunung Besar Hantu Kor Wataniah

Program “Ekspidisi Gunung Besar Hantu” adalah program yang mendedahkan anggota Kor kepada suasana hutan yang tidak dijangka bertujan untuk memberi pengalaman kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran, kebijaksanaan dan kepakaran mereka untuk menguruskan  serta mengatasi masalah ketika berada di  waktu yang sukar. 

Ekspidisi Gunung Besar Hantu ini telah berlangsung selama tiga hari dan empat malam iaitu pada 2 Mac hingga 5 Mac 2017 bertempat di Kem Bukit Perjuangan, Jelebu, Negeri Sembilan. Kem ini bermula pada hari Khamis, 2 Mac  pada jam Sembilan malam dan berakhir pada hari Ahad jam tiga petang. Banyak aktiviti yang lasak dan banyak memberi pengalaman kerjasama kepada ahli kor.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini banyak menguji kesabaran mental dan fizikal, kemahiran survaival, penguruasan kumpulan serta kerjasama setiap ahli Kor ketika waktu yang getir . Antara aktiviti tersebut adalah kembara Gua Batu Pala, Kembara Air Terjun dan mendaki Gunung Besar Hantu. Pelbagai cabaran dan halangan telah ditempuhi oleh ahli-ahli kor antaranya ialah berkerjasama mereka dalam kumpulan untuk meneroka Gua Batu Pala dengan selamat serta mereka harus memasak berkumpulan sepanjang kem ini berlangsung. 

 

Melalui ekspidisi ini kami telah mendapat banyak impak yang positif daripada ahli khususnya dimana mereka belajer untuk menguruskan kumpulan dan program yang besar ini dimana ia melibatkan kerjasama dengan agensi luar. Sepanjang kem ini, banyak aktiviti yang menarik telah dijalankan bagi mencapai objektif yang disasarkan oleh pihak kami. Serta, program ini haruslah ditekankan kerana program sebagaimana ini dapat mengasah bakat pelajar dalam menguruskan organisasi ketika waktu yang sukar dan tidak dijangka di masa yang akan datang.

|| Galeri ||