Print

Kem Wira Bakti

Program Kem Wira Bakti yang dijalankan bermula pada 23 Mac 2017 sehingga 25 Mac 2017 di Pulapen Terengganu melibatkan seramai 50 orang ahli Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (Kor Siskor) UniSZA dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP). Hasil daripada kerjasama inilah dapat merealisasikan Program Kem Wira Bakti Kor Siskor pada kali ini. 

Objektif utama dalam program kali ini adalah untuk menterjemah kemahiran insaniah yang telah dipelajari kepada penganjuran program khidmat komuniti kepada komuniti penjara Marang. Melalui penganjuran program seperti ini, para pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran mereka seperti komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dalam mengendalikan sesuatu tugasan dan berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah.

Program Kem Wira Bakti yang berlangsung selama tiga hari dan dua malam telah menutup tirainya. Majlis penutup Program Kem Wira Bakti ini telah dirasmikan oleh YBrs. Penguasa Penjara En. Sazali Bin Sharif merangkap Timbalan Pengarah Penjara Marang, Terengganu. Segala aktiviti yang dijalankan samaada sebelum dan selepas mahupun ketika program diharapkan dapat memberi nilai yang positif kepada ahli dan komuniti di penjara.

 

|| Galeri ||