GAYA HIDUP KAMPUS
Akademik
PPHP UniSZA menawarkan lebih 90 kursus kokurikulum berkredit meliputi teras kemasyarakatan, kebudayaan, seragam, usahawan, pembinaan diri dan sukan kepada seluruh pelajar peringkat prasiswazah sama ada diploma dan ijazah sarjana muda.
Aktiviti
Melalui program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) serta aktiviti yang berbentuk komuniti (Community Heroes) dapat membantu bagi melahirkan yang mampu menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam komuniti dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah.
Badan Beruniform
Terdapat lapan (8) badan beruniform bersenjata dan tanpa senjata di PPHP UniSZA yang ditawarkan kepada seluruh pelajar di peringkat prasiswazah serta layak untuk ditauliahkan setelah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Lapan badan uniform ini dikoordinasikan oleh Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU).
Kem Rekreasi
PPHP UniSZA turut menyediakan perkhidmatan aktiviti luar seperti kayak, berbasikal, perkhemahan di Kem Merang, Setiu bagimembudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus melalui pelbagai aktiviti sukan, riadah dan rekreasi bagi melahirkan warga universiti yang sihat, cergas dan cerdas.
INFOGRAFIK
TIKTOK
Statistik Semasa
Sem 2, 2022/2023Kursus Kokurikulum Berkredit
Pelajar Badan Beruniform
Pelajar Kokurikulum Semasa
Pelajar Sarjana Muda
Pelajar Diploma
KOKURIKULUM
Senarai Teras Kokurikulum di PPHP