Print

Anugerah Tokoh Siswa 2016

 

PPHP mengucapkan jutaan tahniah kepada para pelajar UniSZA yang telah tercalon dan juga yang mendapat anugerah sempena Anugerah Tokoh Siswa 2016 peringkat kebangsaan yang telah berlangsung pada 25 Mac 2017 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Dalam majlis tersebut, seramai tiga pelajar UniSZA telah berjaya terpilih untuk menerima anugerah. Kategori yang dirangkul oleh wakil pelajar UniSZA adalah seperti berikut:

Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek
Muhammad Nursyazwan Zainuddin
ISM. Pentadbiran Perniagaan

Anugerah Pemimpin Badan Beruniform
Nuuh Muhamad Idris
ISM. Pengajian Islam (Dakwah)

Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti)
Mohammad Farid Abdul Talib
ISM. Pengajian Islam (Usuluddin) 

Alhamdulillah UniSZA mengungguli Anugerah Tokoh Siswa dalam kategori berikut: 

1. Pemimpin Badan Beruniform
2. Pemimpin Program Wacana Interlek
3. Pemimpin Sukarekawan kesejahteraan komuniti

Tahniah diucapkan kepada kepada para pemenang, tahniah kepada enam pemimpin siswa yg dalam senarai saringan akhir dan kepada semua pemimpin yg telah tercalon.

Prof. Dr. Nik Wan bin Omar
Timb. Naib Canselor HEPA

|| Galeri ||

Print

Khidmat Komuniti UniSZA – Ketengah

HULU DUNGUN :  Seramai 146 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu telah menyertai Program Khidmat Komuniti ( Bakti Siswa ) anjuran PPHP, UniSZA dengan kerjasama KETENGAH. Program khidmat komuniti ini telah diadakan pada 24 dan 25 Februari 2017 yang lalu bertempat di Kampung Shukor dan Kampung Jongok Batu, Dungun, Terengganu. 

Antara objektif utama program ini adalah untuk melatih mahasiswa/i untuk mempunyai sikap kepimpinan dan melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai sikap kesukarelawanan yang tinggi dalam diri masing-masing. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa/i dengan masyarakat luar khususnya masyarakat yang berada di kawasan pedalaman. Selain itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan UniSZA sebagai universiti komuniti yang melahirkan ramai ikon sukarelawan serta mempunyai organisasi dalam bidang kesukarelawanannya yang tersendiri. Impak bagi UniSZA pula adalah, ia dapat melahirkan mahasiswa/i yang versatil.

Beberapa aktiviti turut diadakan bagi mencapai objektif utama program ini diadakan. Antaranya ialah aktiviti bergotong-royong yang melibatkan mahasiswa/i dan turut serta komuniti Kampung Shukor dan Kampung Jongok Batu. Seterusnya, program motivasi bersama-sama pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor dan Sekolah Kebangsaan Jongok Batu. Di samping itu, terdapat juga aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk kampung oleh mahasiswa/i Diploma Kejururawatan. Para pelajar serta penduduk kampung juga telah bergotong royong bagi menjayakan jamuan rakyat pada sebelah petang sumbangan daripada pihak KETENGAH.