UniSZA 2 You (Kor Askar Wataniah II)

Pada 7-10 Nevember yang lalu, Kor Askar wartaniah II & Kor Kesatria dengan bilangan peserta seramai 12 orang lelaki dan 21 orang perempuan telahpun melaksanakan program bagi khusus ko-kurikulum yang bertempat di Kedah dan Pulau Pinang. Rombongan ini disertai oleh Tuan Akila Bin Mamat, Sarjan Zulkamal dan En. Nizam Bin Ibrahim.

Program UniSZA 2 YOU ini telah pun dikoordinasikan oleh mahasiswa yang mengambil khusus kokurikulum dam Kor Askar Wartaniah dn Kor Kesatria dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP). Program ini telah dikendalikan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan sekaligus menaikkan nama Unisza.

Program seperti ini akan menjadikan satu memori yang sangat beharga kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UniSZA, program ini sekaligus memberikan impak yang positif dalam membina kemahiran insaniah terutama sifat kepimpinan, kerjasama dan saling menghormati. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan terus ditambah baik dari masa ke semasa.

|| Galeri ||

KOKURIKULUM IQRA’: “SEJENAK BERSAMA SELAMA TERASA”

Pada 10 Februari 2018 yang lalu, seramai 47 pelajar semester II daripada Fakulti Perubatan Sains Kejururawatan Universiti Sultan Zainal Abidin telah melaksanakan projek bagi kursus ko-kurikulum Iqra’ yang bertempat di Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Darul Akhyar, Terengganu. Rombongan ini disertai oleh dua orang pensyarah iaitu Dr. Mohd A' tarahim Bin Mohd Razali dan Ustaz Abdillah Hisham Bin Ab. Wahab. 

Program “Sejenak Bersama Selama Terasa” bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan masyarakat, menceriakan suasana kawasan, menyihatkan badan, memupuk semangat kerjasama dan kesukanan serta menyemai sifat kasih sayang antara satu sama lain. Seramai 149 peserta yang menyertai program ini dimana ia terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Program ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang . Pelbagai aktiviti yang dijalankan disana seperti belon cinta, badminton belon air, siapa paling panjang, kuiz pengetahuan am, pertandingan azan dan radio rosak. 

Secara kesuluruhannya, program khidmat mayarakat di Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Darul Akhyar menjadi satu kenangan yang amat berharga kepada semua peserta. Program ini telah berhasil memberikan satu impak yang positif dalam diri mahasiswa dan mahasiswi UniSZA terutamanya dari aspek kepimpinan, kerjasama dan saling menghormati. “Kami berharap agar program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melatih mahasiswa untuk melaksanakan sesuatu program dangan jayanya selain dapat menambah keyakinan mahasiswa untuk berhubung dengan masyarakat luar” ujar salah seorang peserta dalam program ini.

  || Galeri ||

 

Pengunjung

224073