Print

Pentauliahan Kor-SUKSIS 2018

 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menghantar para pelajar yang terdiri dari anggota Kor SUKSIS bagi menyertai Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Kali ke-14 Tahun 2018. Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Kali ke-14 Tahun 2018 ini telah bermula pada 1 - 12 Ogos 2018 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Dalam majlis pada tahun ini, seramai 65 anggota Kor SUKSIS telah ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Diraja Malaysia. Majlis perbarisan tamat latihan ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun, Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia.

Dalam majlis perbarisan ini, seramai tiga orang wakil pelajar dari UniSZA telah menerima anugerah dalam tiga kategori manakala dua orang pelajar telah terpilih untuk mengetuai detasemen Kor SUKSIS UA. 

  • Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, KS 57207 Abdullah Muhammad Baihaqi bin Abdul Rahman.
  • Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar, KS 57216 Mohammad Nur Ariff bin Alfar-Sar.
  • Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Akademik, KS 57208 Ahmad Afif bin Zahari.
  • Pegawai Kor SUKSIS, KS 57232 Muhammad Azizi Fahmi bin Mat Azidin dipilih untuk mengetuai detasemen Kor SUKSIS UA.
  • Pegawai Kor SUKSIS, KS 57207 Abdullah Muhammad Baihaqi bin Abdul Rahman dipilih untuk mengetuai detasemen Kor SUKSIS UA.
Print

Pentauliahan PALAPES Udara 2018

Bermula pada 5 hingga 18 Ogos 2018 yang lepas, UniSZA telah menghantar para pelajar bagi menyertai Istiadat Pentauliah Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37 Tahun 2018 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Dalam istiadat pada tahun ini, Seramai 41 pegawai kadet telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTUDM. Istiadat pentauliahan ini telah disempurnakan oleh wakil KDYMM SPB YDPA iaitu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis. 

Dalam istiadat pentauliahan ini, wakil pelajar daripada UniSZA iaitu Muhammad Arsyad bin Sohaile telah merangkul dua (2) anugerah iaitu Anugerah Pegawai Kadet Terbaik menerima Pedang Kehormat dan Anugerah Akademik Terbaik. Beliau juga telah terpilih untuk mengetuai detasemen PALAPES  Udara Universiti Awam. 

  • Anugerah Pegawai Kadet Terbaik menerima Pedang Kehormat, Pegawai Rendah Kanan Muhammad Arsyad bin Sohaile.
  • Anugerah Akademik terbaik Pegawai Kadet Kanan Muhammad Arsyad bin Sohaile. Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dgn Kepujian CGPA: 3.68.
  • Pegawai Kadet Kanan Muhammad Arsyad bin Sohaile dipilih utk mengetuai detasemen PALAPES Udara UA.