Print

Kenali UniSZA Melalui “The Amazing Race UniSZA”

 

KUALA NERUS - Seramai 240 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu telah menyertai program ‘The Amazing Race UniSZA’ yang dikendalikan oleh kelas Asas Pengucapan Awam (B) di bawah kendalian Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), UniSZA. Program ini merupakan projek akhir kelas Asas Pengucapan Awam (B) bertemakan ‘Sedekad UniSZA’ dengan fokus UniSZA dan patriotik. Program ini telah diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di UniSZA, Kampus Gong Badak.

Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membina hubungan baik dengan komuniti serta semua  pelajar yang terlibat. Program ini juga bertujuan memastikan semua pelajar yang terlibat mengetahui sejarah perkembangan UniSZA. Selain itu, program ini juga merupakan platform memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar.

Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi mencapai objektif utama program ini. Antaranya ialah program khidmat masyarakat dengan para peserta mengutip sampah dan membersihkan kawasan yang ditetapkan. Seterusnya, ‘nature unisza’ iaitu para peserta menghias kad manila dengan bahan semula jadi yang diperolehi di kawasan sekitar. Di samping itu, terdapat juga aktiviti bertemakan sedekad UniSZA dengan para peserta diminta membuat lukisan yang menggambarkan UniSZA. Aktiviti bertemakan patriotisme turut dijalankan dengan para peserta diminta untuk mencari barang yang berkaitan dengan UniSZA sambil membawa bendera Malaysia secara beramai-ramai. Akhir sekali, aktiviti berkaitan dengan pengucapan awam iaitu peserta dikehendaki untuk menyampaikan ucapan selama lima minit berkaitan UniSZA.

Perasmian penutup bagi program ‘The Amazing Race UniSZA’ ini telah disempurnakan oleh Encik Alias Abdullah dari Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP). Turut hadir ialah fasilitator kelas Asas Pengucapan Awam (B), Encik Mohd Shahrizal Nasir yang juga penasihat program. 

|| Galeri ||

Print

Program Komuniti Palapes Udara di Kuala Krai

 

Satu program telah dijalankan iaitu LOVE, HEALTH AND SOCIETY yang bertemakan "UniSZA Sedekad Bersama Komuniti" anjuran PALAPES Udara UniSZA dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA.

Program ini telah berlangsung pada 5 dan 6 November 2017 bertempat di Kampung Enggong, Kuala Krai, Kelantan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan tugasan projek akhir peringkat pertengahan selain daripada mengeratkan hubungan antara komuniti UniSZA dengan komuniti luar sempena sambutan sedekad UniSZA. 

Antara aktiviti yang telah dijalan adalah; program anak angkat, gotong-royong, membina pondok sebagai mercu tanda, sukaneka, pertandingan memancing, forum perdana serta rewang perdana. Program ini mendapat sambutan dari penduduk Kampung Enggong serta kampung-kampung lain yang berdekatan seperti Kampung Chenulang, Kampung Sepuluh dan Kampung Sungai Mas.

Program yang berlangsung selama dua hari dan satu malam ini banyak memberi pelajaran dan pengajaran kepada para pelajar antaranya adalah dapat mempraktik serta menambahbaik kemahiran insaniah dalam diri pelajar. 

 || Galeri ||