Print

Persembahan Kawad Kawalan Kehormat PALAPES Udara UniSZA

20 Oktober 2017 yang lalu, Persembahan Kawad Kawalan Kehormat, Pameran Dan Pasukan Berbasikal Palapes Udara UniSZA Sempena Pesta Konvokesyen Unisza Kali Ke-9 telah diadakan di Tapak Pesta Konvokesyen UniSZA Kampus Gong Badak selama 4 hari. Ianya dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Holistik Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (PPHP).

PALAPES Udara UniSZA telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Kawad Kawalan Kehormat, mengiringi barisan Tetamu Kehormat dan membuka Booth  Pameran PALAPES Udara UniSZA. Program ini melibatkan seramai 136 Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA yang terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat Senior, Intermediate dan Junior.

Pesta Konvokesyen dimulakan dengan ketibaaan para Tetamu Kehormat ke Tapak Pesta Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan diiringi oleh Pasukan Berbasikal yang terdiri daripada barisan Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA peringkat Junior.  Majlis Perasmian diteruskan lagi dengan Kawad Kawalan Kehormat yang diwakili oleh PALAPES Udara UniSZA yang terdiri beberapa Pegawai Kadet daripada peringkat Intermediate dan Senior dan telah diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Muhammad Arsyad Bin Sohaile.       

Selain daripada itu, Booth Pameran daripada PALAPES Udara UniSZA telah dibuka bagi memperkenalkan PALAPES Udara kepada masyarakat luar, amnya dan pelajar dan staf UniSZA, khususnya. Booth Pameran ini telah mendapat sambutan, khususnya daripada para mahasiswa dan mahasiswi kerana mereka dapat menambah ilmu yang lebih mendalam mengenai PALAPES Udara UniSZA, sekaligus menarik minat anak-anak muda untuk menyertai PALAPES Udara.

Maklum balas dan reaksi yang positif diberikan terhadap pengurusan daripada pihak penganjur dan mereka mengharapkan agar Pesta Kovokesyen seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

|| Galeri ||

Print

Majlis Pemakaian Pingat PALAPES

Pada 14 Oktober 2017 yang lepas, Majlis Pemakaian Pangkat kepada Unit PALAPES Udara telah berlangsung darip pukul 8 pagi hingga jam 11pagi. Majlis ini bertempat di unit PALAPES Udara UniSZA. Majlis Pemakaian Pangkat ini telah melibatkan penyertaan seramai 87 Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA yang mana terdiri daripada peringkat Senior 41 anggota dan intermediate 46 anggota.

Perbarisan ini diketuai oleh 7803334 PRK Muhammad Arsyad bin Sohaile bersama 7803316 PRM Ahmad Farid bin Shaari dan bagi peringkat Intermediate 7803694 PK Sjn Mohammad Zahin bin Ibrahim. Majlis Pemakaian Pangkat ini telah dianjurkan oleh Unit PALAPES Udara Unisza bersama kerjasama oleh Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA.

Majlis Pemakaian Pangkat pada kali ini adalah untuk melahirkan generasi yang berdedikasi, bertanggungjawab, berdsiplin dan dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam kehidupan seharian sebagai pegawai kadet. Pengiktirafan yang diberikan juga adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti tahap kebolehan dalam memimpin atau menguruskan sesuatu organisasi, berdisiplin dan beretika dalam menjalankan tugas, berani dan berkeyakinan, juga amanah serta bertanggungjawab dalam menggalas jawatan yang diberikan.

Pemakaian pangkat tertinggi juga atas komitmen yang diberikan terbaik dan boleh memimpin orang bawahan dengan baik. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar Majlis Pemakaian Pangkat ini dapat diteruskan kerana majlis seperti ini sesuai dan melahirkan pegawai kadet yang kuat dari segi mental dan fizikal.

|| Galeri ||